
Kanser pankreas kerap didiagnosis ketika penyakit sudah berada di tahap kritikal dan sel kanser sudah merebak ke bahagian lain.

“Semua bercampur aduk, lebih-lebih lagi apabila doktor menjelaskan kanser tersebut sudah di tahap serius.
“Sebelum ini, saya cuma dengar cerita orang kena kanser, bila terkena pada diri saya sendiri, saya jadi bingung,” ujar pelakon Shukery Hashim yang disahkan mengidap kanser pankreas tahap keempat lewat bulan lalu.
Berusia 55 tahun, Shukery pada awalnya tidak ambil pusing rasa senak yang menyerangnya dan menganggap ia mungkin angin biasa.
Namun, apabila rasa senak sering berulang, ditambah pula dengan pedih, panas dan tidak selesa di bahagian atas abdomen dan belakang, atas nasihat rakan-rakan, dia membuat pemeriksaan di klinik swasta dan doktor mengesyaki dia menghidap batu karang.
“Mula-mula buat pemeriksaan di klinik, doktor kata mungkin batu karang, tetapi doktor suruh saya rujuk kepada doktor pakar di Hospital Selayang.
“Di klinik pakar, saya menjalani pemeriksaan yang lebih khusus dan apabila doktor buat CT scan, doktor memberitahu pankreas saya sudah hitam dan membengkak.
“Saya ditahan di wad dan selepas menjalani beberapa kali pemeriksaan, doktor memberitahu saya mengidap kanser pankreas,” katanya ketika dihubungi Jurnal minggu ini.
Menurut Shukery, semasa dirawat di hospital, satu pembedahan telah dilakukan ke atasnya namun doktor tidak mampu berbuat apa-apa kerana sel kanser sudah merebak ke organ dalaman lain.
“Doktor hanya buka dan tutup saja. Mereka tidak boleh buat apa-apa sebab sel kanser dah merebak ke hempedu dan hati,” katanya.

![]() |
|
DR. SHAHROL AZMI
|
![]() |
|
|
Ketika diasak pertanyaan bagaimana beliau boleh mendapat penyakit tersebut, Shukery sendiri tidak pasti apa punca kanser yang dihidapinya itu.
“Doktor pun belum dapat mengenal pasti punca, mungkin faktor pemakanan tetapi ia belum dapat dipastikan lagi,” katanya.
Akibat kanser itu juga, beliau kurang selera makan dan berat badannya turun mendadak sejak dua bulan lalu.
“Saya hilang 14 kilogram dalam masa dua bulan. Doktor nasihatkan saya supaya banyak berehat dan kembalikan selera makan supaya ada tenaga untuk lawan penyakit ini,” katanya.
Dia yang sebelum ini pernah mengalami masalah jantung tetap mengamalkan cara hidup sihat dengan bersenam apabila berkelapangan dan tidak merokok.
Shukery yang kini sedang berehat di rumahnya memberitahu beliau akan memulakan rawatan kemoterapi pada minggu hadapan di Pusat Perubatan Universiti KebangsaanMalaysia (PPUKM).
“Buat masa ini saya masih berbincang dengan doktor mengenai rawatan susulan di PPUKM. Saya juga tidak menolak rawatan alternatif untuk berubat. Asal ada peluang dan jalan untuk menyembuhkan penyakit ini, insya-Allah saya akan cuba,” katanya.
Mengakhiri perbualan bersama Jurnal pagi itu, Shukery sempat merakamkan penghargaan di atas keprihatinan dan sokongan daripada keluarga dan semua kenalannya.
“Saya amat berterima kasih atas bantuan dan sokongan yang dihulurkan. Saya juga tidak putus berdoa agar saya terus diberi kekuatan dan kecekalan untuk menghadapi kesukaran dan boleh sihat seperti dulu,” ujarnya.
Membunuh secara senyap
Menurut Pakar Bedah Am, Hospital Pakar Al-Islam, Dr. Shahrol Azmi Mohd. Yasin, Shukery Hashim menghidap kanser pankreas yang tipikal di mana setiap penghidap mengalami situasi yang sama dari segi simptom dan lewat dikenal pasti.
“Kanser pankreas merupakan ‘pembunuh senyap’ yang mana ia tidak menimbulkan simptom atau tanda yang jelas pada peringkat awal.
“Disebabkan itu, penyakit ini kerap didiagnosis ketika penyakit sudah berada di tahap kritikal dan sel kanser sudah merebak ke bahagian lain,” katanya.
Menurut Dr. Shahrol, kebanyakan punca sebenar kanser tidak diketahui tetapi faktor-faktor seperti merokok, diabetes, anemia dan pankreatitis kronik mempunyai kaitan rapat yang boleh mengundang risiko kanser ini.
Tambahnya lagi, kekeliruan terhadap simptom pada peringkat awal juga melewatkan proses pengesanan kanser dan mengakibatkan ia tidak dapat dirawat dan dibuang pada peringkat awal.
Sekiranya pesakit mendapat jaundis, ia adalah petanda yang membolehkan kanser dirawat pada tahap awal. Mungkin sel kanser masih kecil dan belum merebak.
Jelas beliau lagi, kanser jenis ini merupakan salah satu kanser yang agresif dan insiden kanser ini semakin bertambah di kebanyakan negara. Bagaimanapun di Malaysia, belum ada statistik yang lengkap mengenai penyakit ini.
“Kanser pankreas juga sangat jarang berlaku. Dalam setahun, mungkin ada satu dua kes, itu pun kes yang sudah kritikal.
“Kanser ini kebiasaannya menyerang lelaki dan disebabkan ia hanya boleh dikenal pasti pada peringkat serius.
“Ia kerap terjadi pada pesakit lelaki berusia 45 tahun ke atas. Manakala lebih 80 peratus kes berlaku melibatkan pesakit dalam lingkungan umur 60 hingga 80 tahun,” katanya.
Tidak dapat dibuang dengan pembedahan
Menurut Dr. Shahrol, pengesanan peringkat awal amat membantu pesakit kerana ketumbuhan yang kebiasaannya hadir di bahagian kepala pankreas masih boleh dibuang.
Namun, apabila ketumbuhan itu menutup saluran hempedu masalah lain pula yang akan timbul sama ada pesakit akan mendapat kekuningan yang tidak menyakitkan ataupun ketumbuhan itu membentuk sel kanser.
“Sekiranya sel kanser masih kecil dan belum merebak ke organ lain, pembedahan boleh dilakukan untuk membuang sel tersebut.
“Tetapi bagi kes Shukery, pembedahan yang dilakukan tidak dapat membuang sel kanser kerana ia sudah merebak di hempedu dan hati.
“Apa yang boleh dilakukan dalam pembedahan itu hanyalah untuk merencatkan sel kanser supaya ia tidak terus merebak ke bahagian lain.
“Disebabkan lewat didiagnosis, kebanyakan pesakit hanya mendapat rawatan untuk mengurangkan simptom sahaja,” ujarnya.

Hos program berkenaan, Ryan Seacrest sendiri melaungkan gelaran yang sama ketika mengumumkan kemenangan Allen, sekali gus seorang lagi finalis AI8, Adam Lambert hanya berpuas hati sebagai naib juara.
“Saya gembira dengan keputusan ini, tapi rasanya Lambert lebih berhak memenanginya.
“Saya tak tahu bagaimana hendak meluahkan perasaan ketika ini, saya minta maaf. Ini tidak masuk akal,” luah Allen, 23, penuh terharu sebaik diumumkan juara.

Juri juga menggelarkan konsert akhir AI8 sebagai The Adam Lambert Show yang bermaksud malam yang menjadi milik Adam Lambert. Persembahan oleh peserta lain tidak ubah seperti sekadar penyanyi jemputan.
Namun apa yang berlaku pula sebaliknya, peminat yang menyanjungi bakat Adam Lambert sekadar dapat memuja penyanyi yang mengecat kukunya dengan warna hitam itu. Setakat itu sahaja, kerana di tangan Lambert tidak terjulang trofi AI8.
Atau mungkinkah pengundi AI8 lebih memilih Allen atas dasar status dirinya yang heteroseksual berbanding Lambert yang dilaporkan mengakui dirinya gay selepas diminta memberikan komen mengenai foto yang tersebar di Internet yang menunjukkan dia dan seorang lelaki bercium?
Walau apa pun, buat dua pemuda Amerika berbakat besar itu, Simon Cowell memberi nasihat akhirnya sebagai juri.
“Sebenarnya saya jarang berkata begini tetapi untuk kamu berdua, bagi saya kamu berdua sangat bijak dan masa depan sebenarnya ada di tangan kamu,” kata Simon mengakhiri komennya sebagai juri pada malam berkenaan.
Sebelum itu Cowell juga pernah berkata kepada Allen: “Apabila nama kamu diumumkan sebagai peserta final, saya mula terfikir, saya tidak pasti adakah warga Amerika telah membuat keputusan yang tepat.”
![]() |
|
KRIS memohon maaf kerana meraih kemenangan sedangkan dia sendiri menyangka Adam yang akan menjuarai American Idol 8.
|
Benar Lambert dan Allen saling bersaing untuk merebut gelaran juara, bagaimanapun sebelum siapa juara A18 diputuskan, Lambert dan Allen berkongsi semangat setiakawan yang telah terjalin sepanjang berada dalam pertandingan menerusi satu persembahan bersama.
Mereka berduet menyanyikan sebuah lagu kebangsaan rock We Are the Champions diiringi oleh kumpulan Queen, pemilik asal lagu berkenaan.
“Adam Lambert memang bukan pemenang, yang menang adalah Kris Allen tapi tiada sesiapa yang kalah pada pertandingan ini. Mereka berdua sebenarnya adalah juara,” komen Paul Stanley, ahli kumpulan Kiss kepada para media.
Komen-komen daripada Cowell dan Stanley sebenarnya bukan sekadar pujian biasa. Sejarah peserta AI yang terdahulu membuktikan bahawa peserta yang tidak berjaya menyandang gelaran juara bukan peserta yang kalah manakala menjadi juara tidak bermakna akan bergelar superstar.
Sebagai contoh, Chris Daughtry dan Jennifer Hudson hanya berjaya sampai ke minggu keempat dan ketujuh sepanjang bergelar pesertaAI walau bagaimanapun mereka tetap sukses bergelar bintang.
![]() |
|
KRIS dan Lambert saling bersaing hebat antara satu sama lain.
|
Begitu juga dengan juara Idolyang lain, ada yang menyerlah sehingga menjadi bintang terkemuka seperti Carrie Underwood malah ada juga yang terpinggir dari arus komersial seperti seperti Taylor Hicks.
Persembahan Rabu lalu juga seperti dibayangi malam finalAI tahun lepas, apa yang berlaku tidak seperti apa yang diramalkan banyak pihak.
Pada musim lepas, Cowell sudah sepenuh hati mahu menyarung mahkota Idol kepada David Archuleta dengan menggelarkan pemuda comel itu sebagai penghibur terbaik namun kegemilangan AI7 tetap berpihak kepada David Cook.
Lambert layak bergelar penghibur unik yang energetik, penuh tarikan. Dialah rockstar yang sentiasa mendapat sokongan penuh daripada peminatnya. Tetapi kemenangan Allen mungkin sudah tersurat dan tidak boleh dielak.
Biarpun tidak mendapat petunjuk awal, Allen tampil dengan persembahan yang memukau pada malam final. Keyakinannya bertambah dan berjaya menawan perhatian seluruh audiens dengan alunan vokal yang penuh penghayatan, sifat rendah diri yang menebal serta paras rupa yang tidak kalah.
Allen juga meraih markah tinggi berdasarkan kemampuannya sebagai penyanyi dan komposer untuk lagu Kanye West, Heartless yang digubahnya semula. Dia mencipta identitinya yang tersendiri bersama gitar yang dimainkan, vokal yang nyaring serta sedikit sentuhan muzik elektronik.
Penyingkiran Danny Gokey juga mungkin salah satu daripada faktor peningkatan undi terhadap Allen. Gokey sampai ke garisan penamatnya di tangga ketiga. Penyingkiran Gokey memberi laluan kepada Allen dan dalam masa yang sama meninggalkan para pengundinya untuk terus menyokong peserta yang masih meneruskan persaingan, terutama Allen.
Di mata para pengundi, Allen berkongsi persamaan dengan Gokey dan itulah yang memberikan impak terhadap Allen.
Allen dan Gokey, 29, yang berasal dari Milwaukee, dikelaskan sebagai sedikit konservatif jika dibandingkan dengan Lambert dari segi penampilan di pentas serta dan pemilihan pakaian.
Allen sudah berkahwin dan bekerja sebagai ketua kakitangan di gereja manakala Gokey pula seorang balu dan bekerja sebagai pengarah muzik di sebuah gereja. Mungkin persamaan itu yang mempengaruhi undian terhadap Allen.
Allen, Lambert saling kontra
Allen dan Lambert pula dua individu yang sangat kontra. Lambert, 27, berasal dari Los Angeles, menyanyi sejak di bangku sekolah, pernah terlibat sebagai pelakon teater muzikal dan membawa personaliti rock yang begitu menyerlah.
Ditambah lagi dengan seleksi lagu dendangannya seperti Whole Lotta Love daripada Led Zeppelin. Satu-satunya peserta Idol yang membawakan lagu Led Zeppelin ke pentas Idol. Dia juga seorang yang kuat berahsia dan menyimpan segala kisah peribadinya untuk tidak diketahui pihak media. Katanya, hanya dia yang tahu siapa dirinya.
![]() |
|
KRIS dan Adam memiliki kebijaksanaan dan bergantung kepada diri mereka sendiri bagaimana mahu mengembangkan karier mereka nanti.
|
Awal minggu, sebelum konsert malam kemuncak AI8berlangsung. Allen pernah tampil dengan satu pengharapan. Dia berharap bakal meraih undi dan sokongan daripada semua termasuklah daripada pengikut Kristian.
Kenyataan Allen itu juga menerima pandangan balas daripada Lambert.
“Dengan bakat yang saya miliki, persembahan yang telah saya lakukan serta pakej yang saya ada, saya harap sesuatu yang besar akan berlaku. Ia tidak semestinya atas dasar agama ataupun perkara-perkara lain yang sebegitu,” balas Lambert sedikit mengecam Allen secara sinis.
Tambah Lambert: “Semuanya tentang muzik. Itu perkara paling penting yang harus tertanam dalam fikiran semua.”
Dalam persembahan Selasa lalu, Allen menonjolkan kemerduan vokalnya dengan Ain’t No Sunshine dalam versi soul. Namun dia sedikit tersandung ketika menyampaikan lagu No Boundaries, sebuah lagu balada yang ditulis bersama Kara DioGuardi. Penyampaian lagu berkenaan kedengaran seperti ada yang tidak kena dengan vokal Allen.
Berbanding Allen, Lambert melakukan persembahan yang lebih sempurna untuk lagu No Boundaries. Di tangannya juga berlaku sesuatu yang sungguh mengujakan ketika lagu Mad World dan A Change is Gonna Come dinyanyikan.
“Inilah persembahan dan dendangan terbaik daripada kamu yang pernah saya saksikan,” laung Paula Abdul kepada Lambert.
Kejutan bikini Katrina
Menyentuh tentang konsert akhir AI8, seperti biasa bukan hanya peserta final yang tampil membuat persembahan secara solo sebaliknya konsert berdurasi selama dua jam itu turut dimeriahkan dengan acara-acara sampingan yang menambat perhatian.
Antaranya penyampaian anugerah seperti Golden Idol Award yang berpihak kepada Katrina Darrell, salah seorang peserta AI8. Dia sekadar berbikini dan menang Golden Idol untuk pakaian beragam terbaik.
Menambah skala kemeriahannya, konsert akhir oleh Allen turut disertai Keith Urban menerusi lagu Kiss A Girl, sementara Lambert pula memberikan persembahan penuh gegaran dengan kehadiran kumpulan rock Kiss.
![]() |
|
|
Salah seorang peserta wanita musim kali ini, Allison Iraheta membuat persembahan pembukaan untuk Fergie dan Black Eyed Peas yang menyanyikan lagu Big Girls Don’t Cry.
Iraheta turut berduet bersama Cyndi Lauper dengan laguTime After Time. Danny Gokey turut diberi kesempatan bersama Lionel Richie dengan dua persembahan.
Penyanyi rock legenda Rod Stewart juga membuat kemunculan istimewa dengan lagu berjudul Maggie May.
Bukan sahaja penyanyi yang dijemput ke pentas malah pelakon komedi popular Steve Martin juga mampu memberikan variasi kepada ritma konsert akhir . Steve menyanyikan lagu Pretty Flowersbersama-sama dengan Megan Joy serta Michael Sarver, juga antara peserta Idol.
Asalamualaikum & Salam Sejahtera,
Berita menarik untuk and semua yang menyertai dan bercadang untuk menghadiri Gala Vemma pada 7th June 2009 nanti. Saya mendapat email daripada Mr. Arul Operation Manager Vemma dan ada beberapa perkara menarik dalam majlis tersebut di antaranya:
Sila baca email daripada Mr.Arul tentang berbagai FREE GIVE dan program ini nanti akan dihadiri oleh TOP LEADER Vemma daripada USA.
Jadi anda jangan lepaskan pelung untuk menghadiri Program Gala Vemma nanti.
Sila dapatkan tiket2 anda segera dan marilah kita bersama-sama berjaya dalam Business Vemma Online yang menguntungkan ini.
Asalamualaikum & Salam Sejahtera,
Bagi siapa yang rasa program Vemma ini mahal anda sebenarnya rugi sebab dalam dunia business “Money always make money”. Tetapi jangan risau saya ada alternatif untuk anda.
Sila layati http://www.pencentetap.com/joebiznetwork dan daftarkan diri anda di sini. Program pencentetap juga menjanjikan pendapatan lumayan jika anda betul2 faham dengan concept commision dan juga US1 adalah banyak jika anda berkongsi dengan rakan2 anda.
Program ini hanyalah RM35/month dan anda akan mendapat website peribadi anda sendiri dan juga domain name anda. Jadi anda kongsi dengan 5 orang rakan anda dan duplikasi balik apa yang anda buat. Itu sahaja dan cukup masa network anda akan bertambah dan tak mustahil langsung untuk anda dapat sekurang-kurangnya USD3000/month jika semua berkongsi dengan rakan2 masing-masing.
Ambil peluang kepada semua warga Vemma untuk menyertai program ini kerana mungkin anda mempunyai Pre Enroller yang tak mampu buat Vemma business tetapi masih lagi berpeluang untuk buat program Pencen Tetap hanya RM35.00/month sahaja dan 5 – 10 rakan sahaja dan terus stay dalam business ini.
Anda bolehlah mendaftar dengan click di icon di bawah dan website PERCUMA untuk anda jika anda mendaftar bersama saya sekarang.
Asalamualaikum & Salam Berbahagia,
Hari ini rezeki agak murah alhamdulillah. Buka2 email sahaja ada lagi cheque tambahan daripada Vemmabuilder business. Antara petikan email seperti berikut:
Memang seronok tiap2 bulan dapat BONUS percuma macam nie. Anda juga mampu melakukannya.
Apa yang penting meramaikan Pre Enroller di account masing-masing seterusnya terangkan betul2 mengenai bagaimana kita membuat keuntungan dalam business Vemma yang sememangnya mudah dan dapatkan sekurang-kurangnya 3 orang upgrade dalam satu minggu InsyaAllah cheque ini akan datang dengan sendirinya.
Salam Success Semua.
Johan Ariff Mohammad
CEO JoeBizNetwork Enterprise
http://www.joebiznetwork.com
Recent Comments