Resources

Subscribe

  • Subscribe

INFLUENZA A (H1N1) Sharing

Posted by Johan Ariff | March 19, 2010 .

Asalamualaikum & Salam Sejahtera,

Hari ini saya ingin sharing tentang Bahaya Ingluenza H1N1 dengan anda semua. Asik2 sharing Vemma je kan hehehe tapi topic ni amat2 penting sebab H1N1 membunuh dan juga kadar nak merebak cepat dan senang.

Sila baca sejarah H1N1,syntom,penyebab dan details semua ada dalam post kali ini. Saya buat post ni pun kerana menyedari bahayanya penyakit ini dan juga mengambil iktibar kawan saya demam selsema jadi terus teringat yang Menteri Kesihatan cakap pasal Gelombang Kedua H1N1.

INFLUENZA A (H1N1)

ABSTRAK

Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 telah mengisytiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa ekoran merebaknya wabak Virus Influenza A (H1N1) (Selesema Babi atau Swine Flu) bagi memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan dan berpotensi untuk menjadi pusat ‘pandemik’ atau wabak yang akan merebak.  Selesema babi yang disebarkan oleh manusia ini telah mencetuskan keadaan panik di seluruh dunia terutamanya di Mexico dan Amerika Syarikat (AS). Sehingga 6 Mei 2009, wabak ini telah mengorbankan 29 orang di Mexico, 2 orang di United State (US), 1786 orang telah disahkan dijangkiti dan lebih 4169 orang disyaki dijangkiti di seluruh dunia. Jumlah kematian dan mereka yang dijangkiti meningkat dari semasa ke semasa dan amat dikhuatiri merebak ke Negara ini.

PENGENALAN

Demam Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit sistem pernafasan (respiratory) yang biasanya ditemui dalam kawanan babi. Virus Influenza A (H1N1) atau demam babi ini biasanya berlegar dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988.

Apakah Virus Influenza A (H1N1)?

Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.

Adakah Terdapat Jangkitan Demam Virus Influenza A (H1N1) di US?

Pada akhir Mac dan awal April 2009, beberapa kes jangkitan virus  ini (H1N1) terhadap manusia telah dilaporkan di Southern California berdekatan San Antonio, Texas. Beberapa negeri lain di US juga telah melaporkan jangkitan yang sama pada manusia dan juga telah dilaporkan di peringkat antarabangsa. (Perkembangan terkini mengesahkan bilangan jangkitan virus di Amerika Syarikat boleh di dapati di http://www.cdc.gov/swineflu/investigation.htm. Pusat pencegahan dan kawalan penyakit (CDC – Centers for diseases control and prevention dan Jabatan serta agensi kesihatan sedang bekerjasama dalam menyiasat situasi ini).
Adakah Virus Ini Berjangkit?

CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun  masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.

Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?

Simptom Virus Influenza A (H1N1)  ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.

Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.

Bagaimanakah Selesema Burung Merebak?

Virus jenis A (H1N1) selesema burung ini dijangka akan merebak seperti mana virus selesema bermusim lain. Virus selesema ini biasanya disebarkan dari seorang ke seorang yang lain melalui batuk dan bersin mereka yang terkena jangkitan. Kadang-kadang seseorang itu boleh dijangkiti melalui barang yang disentuh dengan tangan dan kemudiannya menyentuh mulut dan hidung mereka.

Bagaimanakah Seseorang Yang Dijangkiti Selesema Menjangkiti Seorang Lain?

Seseorang yang dijangkiti mungkin boleh menjangkiti seorang lain  bermula sehari sebelum simptom itu merebak hingga ke hari ke-7 selepas dijangkiti (sakit). Ini bermakna kita mungkin boleh menyebarkan virus ini sebelum mengetahui yang kita telah dijangkiti.
Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?

Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat.  Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.

Adakah Terdapat Ubat Untuk Virus Influenza A (H1N1) Ini?

CDC menyarankan pengambilan ubat seperti oseltamivir atau zanamivir untuk merawat dan/atau mencegah jangkitan virus selesema babi ini.  Ubat antiviral adalah ubat-ubatan berpreskripsi (pil, cecair ataupun ubat sedut) yang melawan virus dari terus membiak di dalam badan anda.

Jika anda jatuh sakit, ubat antiviral akan dapat melegakan  dan membuat anda sihat dengan lebih cepat. Ia juga dapat mencegah dari komplikasi selesema yang lebih serius. . Untuk tujuan rawatan, ubat antiviral adalah lebih berkesan untuk diambil sebaik sahaja jatuh sakit (dalam dua hari selepas simptom).

Berapa Lama yang Diambil oleh Seseorang yang Dijangkiti dengan Selesema Burung Untuk Menyebarkan Kepada Orang Lain?

Mereka yang dijangkiti dengan virus ini boleh dikira sebagai pembawa virus selagi mereka di dalam simptom sehingga tujuh hari dari bermula sakit. Kanak-kanak, terutama anak-anak kecil berpotensi untuk dijangkiti untuk jangka masa yang lebih lama.

Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?

Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.

Berapa Lama Virus Tersebut Boleh Hidup Di Luar Badan?

Seperti yang diketahui sesetengah virus dan dapat hidup sehingga lebih dua jam di permukaan seperti meja kafeteria, tombol pintu dan meja. Membasuh tangan dengan kerap akan mengurangkan kesan pencemaran yang didapati dari permukaan-permukaan ini.

Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?

Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:

• Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.

• Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.

• Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.

• Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.

Apakah Cara Terbaik Untuk Mengelak Dari Menyebarkan Virus Melalui Batuk Dan Bersin?

• Jika anda sakit, hadkan pergaulan anda sebaik yang mungkin.
• Jangan pergi ke sekolah;
• Tutup mulut anda dengan tisu semasa batuk dan bersin. Ia boleh membantu mengelak orang-orang di sekeliling kamu dari jatuh sakit;
• Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah;
• Tutup mulut anda semasa bersin dan batuk jika tiada tisu;
• Basuhlah tangan kamu setiap kali batuk dan bersin.

Apakah Teknik Terbaik Untuk Mencuci Tangan Dan Mengelak Dari Jangkitan Selesema?

Membasuh tangan dengan kerap akan membantu melindungi anda daripada kuman. Basuhlah dengan sabun dan air ataupun pembersih tangan berasaskan alcohol. Basuhlah tangan antara 15 ke 20 saat dengan air suam dan sabun. Jika tiada air dan sabun, tisu pakai buang berasaskan alcohol atau pembersih gel boleh digunakan. Ianya boleh didapati di kedai-kedai ubat dan pasar raya. Jika menggunakan gel, sapulah tangan anda sehingga gel itu kering. Alkohol di dalam gel tadi akan membunuh kuman dan ianya tidak memerlukan air untuk berkesan.

Apa Yang Perlu Saya Lakukan Jika Jatuh Sakit?

Jika anda tinggal di kawasan yang dikenal pasti wabak Virus Influenza A (H1N1) itu merebak dan mempunyai simptom-simptom demam selesema termasuk demam panas, sakit badan, selesema, sakit tekak, muntah mual dan cirit-birit, anda perlu berjumpa dengan doktor, terutamanya jika anda risau tentang simptom-simptom tadi. Doktor akan mengesahkan sama ada sebarang ujian atau rawatan adalah perlu.

Jika anda sakit anda perlu:-

• Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;

• Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit;

Untuk kanak-kanak tanda-tanda dan perlu dibawa untuk dirawat adalah seperti berikut:-

• Kesukaran bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat;
• Warna kulit bertukar kebiru-biruan;
• Tidak minum air yang secukupnya;
• Tidak bangun dan berinteraksi;
• Tidak suka dipegang dan asyik merengek;
• Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan batuk yang lebih teruk;
• Demam dan beruam.

Bagaimana Seriusnya Jangkitan Virus Influenza A (H1N1) ini?

Seperti demam selesema yang lain, kesan selesema babi (Virus Influenza A) (H1N1) pada manusia adalah berbeza dari tahap sederhana ke tahap serius. Antara 2005 hingga Januari 2009, 12 kes jangkitan pada manusia tanpa kematian dikenal pasti di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun kesan dari selesema babi ini boleh menjadi serius. Pada September 1988, seorang wanita mengandung berumur 32 tahun dari Wisconsin dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru akibat selesema babi dan meninggal dunia 8 hari kemudian. Pada tahun 1976, wabak selesema babi dikesan di Fort Dix, New Jersey mengakibatkan lebih 200 kes serius  dan satu kematian.

Bolehkah Saya Dijangkiti Melalui Memakan Dan Menyediakan Masakan Berasaskan Babi?

• Tidak.
Selesema babi tidak boleh merebak melalui makanan. Ianya tidak boleh dijangkiti melalui makanan dan produk berasaskan babi. Memakan produk berasaskan babi yang dimasak dan disediakan dengan sempurna.

TINDAKAN SERTA-MERTA KEMENTERIAN KESIHATAN

• Kementerian Kesihatan menguat kuasa serta-merta empat langkah pencegahan:-
i. Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia mengaktifkan Bilik Gerakan untuk membuat pemantauan situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) dengan pihak WHO bagi memastikan tindakan-tindakan proaktif diambil untuk melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia.
ii. Semua Pengamal Perubatan termasuk di sektor swasta yang merawat kes-kes yang mempunyai tanda-tanda atau gejala ‘influenza-like illness’ atau ‘severe pneumonia’ dan mempunyai sejarah melawat Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009 diminta untuk memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat dengan serta merta melalui telefon untuk tindakan pencegahan dan kawalan.
iii. Saringan tanda-tanda jangkitan Virus Influenza A (H1N1) di semua pintu masuk negara untuk pelawat atau warga Malaysia yang ada melawat ke negara Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009.
iv. Membuat kenyataan akhbar dari masa ke semasa situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) untuk maklumat orang awam di Malaysia dan langkah kawalan dan pencegahan yang diambil oleh Kerajaan.

• Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan pada Sidang Media pada 26 April 2009 mengenai wabak berkenaan amat berbahaya kerana ia tersebar melalui manusia bukannya haiwan seperti selesema burung atau ‘avian flu’ yang pernah melanda negara ini.

• Beliau bagaimanapun meminta rakyat negara ini supaya tidak panik kerana Kerajaan sentiasa berwaspada terhadap apa jua wabak yang boleh menyebabkan kematian.

• Pengawasan itu membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai antaranya mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas.

• Pengawasan di semua pintu masuk negara diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan wabak selesema babi dari merebak ke dalam negara terutama penumpang penerbangan dari luar negara termasuk AS.

• Orang awam yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan wabak Virus Influenza A (H1N1) ini boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui talian 03-88810200 atau 03-88810300 pada waktu pejabat atau di laman web Kementerianhttp://www.moh.gov.my

Sumber : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

• Pusat Pencegahan dan Kawalan Wabak  Amerika   Syarikat (US Centers of Diseases Control and    Prevention)  atau CDC
• Akhbar-akhbar Utama Tempatan

About Vemma Network Marketing

Posted by Johan Ariff | March 17, 2010 .

Asalamualaikum & Salam Sejahtera,

Hari ini saya banyak membaca infomasi2 tentang Network Marketing dan saya agak tertarik dengan satu majalah luar negara Network Marketing Magazine. Anda boleh tengok website majalah tersebut dihttp://www.thenetworkmarketingmagazine.com/

Dalam business Vemma juga kita tidak boleh lari daripada konsep2 Multilevel cuma yang menarik tentang Vemma ianya dijalankan secara ONLINE dan juga product Vemma sendiri memang berkualiti tinggi. Ini terbukti dengan testimoni daripada pengguna2 Vemma sendiri dan juga beberapa majalah luar negara bercerita tentang kebaikan Vemma product. Ini faktor penting mengapa saya bersama Vemma.

Suka saya share disini antara keluaran Network Magazine yang saya suka dan infomasi ini betul2 membantu dan memotivasikan saya sendiri dalam menjalankan Vemma Business genap 1 Tahun 4 bulan.

Jadi apa2 pun dalam Vemma anda kenalah rajin membaca tak kira blog luar negara atau dalam negara. Anda baca untuk business anda juga jadi memang tak rugi disamping dapat menambahkan ilmu pengetahuan anda.

Salam Lumayan!!!

Johan Ariff Mohammad
http://www.johan.joebiznetwork.com

Aktivity Vemma di Rantau ASIA 16/3/2010 – 20/3/2010

Posted by Johan Ariff | March 16, 2010 .

Asalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sedikit update activity VeMMa di rantau ASIA pada minggu ini.
Ambil peluang untuk bersama Leader Vemma di area berdekatan anda.

Leader2 yang hadir adalah dikalangan mereka yang telah berjaya dalam business Vemma Online dan mereka akan berkongsi pengalaman bagaimana untuk menjana pendapatan lumayan bersama VeMMA dengan tips2 dan juga pemahaman tentang konsep business Vemma.

VeMMA HeadQuarters Jaya One, PJ :
setiap Selasa 8.30 am – 11.00 pm
malam ini…16 MARCH 2010


ALOR SETAR
19 March 2010
Mini VFT
Hotel Seri Malaysia
2.30 – 6-30 petang
TIKET : FREE ( tempat terhad utk 50 org sahaja)


PENANG
20 MARCH- SUNDAY 8.30 MLM
Safira Resort, Seberang jaya, Penang
masuk PERCUMA


KAWASAN SELATAN (JOHOR)

21 march 2010
Masa        :   11.00 – 2.00 petang
Ticket       :    FREE
Tempat :    SR2-A, Smart Auto Centre, Jalan Langkasuka, Larkin
(sebelah Bangunan Zara dan berhadapan UMW)


VeMMA HeadQuarters Jaya One, PJ :
setiap Sabtu 10.00 am – 1.00 pm
Marketing Training : How to Promote
pERSONAL cOACHING …..


KOTA BHARU , KELANTAN
Personal Coaching by Star Platinum Hazrul Daud.
DATE : 17, 18 March 2010
Call HAZRUL at 012-252 9450

============================

INTERNATIONAL TRAINING/ PERSONAL COACHING


INDONESIA

Tarikh :
16, 17 dan 18 March 2010
Selasa, Rabu dan Khamis.

lOKASI :
PT. Vemma Indonesia.
Menara BCA 50th. Fl.
Grand Indonesia.
Jl. MH. Thamrin no. 1
Jakarta 10310 Indonesia.
Pada yang serious  boleh terus  berhubong dengan saya di

* YM sj090605
* skype noor.aini.hashim
* atau sms saya +6 0193382357
* atau email norainie08@gmail.com

PHILLIPHINES.

DATE : 19 and 20 march 2010
Location : Vemma Philippines Office,

BY Gold Leader  Mr. Wan Ismail  and Gold Leader Pn Faridah Ismail
Please email to : rajawan@gmail.com

“To the Top Together”

Johan Ariff Mohammad
VeMMA GOLD Leader
http://www.johan.joebiznetwork.com

Ultimate Member FREE Advertising worth RM500

Posted by Johan Ariff | March 15, 2010 .

Asalamualaikum & Salam Sejahtera,

Hari ini saya tetiba rasa bermurah hati. Dah lama tak buat amal jariah jadi mengambil kesempatan Vemma tengah meletup-letup di pasaran Malaysia, Indonesia, Filipina dan Taiwan, maka dengan ini saya bermurah hati untuk memberi hadiah kepada ULTIMATE MEMBER di bawah account saya iaitu :

http://www.johan.joebiznetwork.com atauhttp://www.vemmabuilder.com/539462805/FREE atauhttp://www.vervesample.com/539462805/FREE

yang active bersama ULTIMATE PACKAGE, saya akan peruntukkanRM500.00 untuk advertising account Vemmabuilder anda. TarikhULTIMATE PACKAGE yang akan menikmati FREE ADVERTISING ini adalah daripada 15th March 2010 sehingga 15th Mei 2010. Hanya 2 bulan sahaja.

Maksudnya anda active ULTIMATE PACKAGE anda akan dapat :

1 – RM500.00 worth of advertising (Contoh anda masuk www.google.com.my dan tulis Vemma. Anda dapat lihat iklan2 Vemma di tepi2 screen anda. Saya akan bantu setup adwords google untuk anda dengan iklan RM500.00)

2 – Active 6 bulan untuk business Vemma tanpa perlu active product lagi selama 6 bulan.

3 – Personnel Couching sehingga anda betul2 mahir macam saya miahaha.

4 – FREE Website Bahasa Melayu contoh : http://www.johan.joebiznetwork.com

Saya amat yakin 150% jika anda betul2 ingin berjaya bersama Vemma ASIA ini adalah peluang yang tak patut anda lepaskan. Setahu saya tiada leader2 yang memberi ADVERTISING PERCUMA RM500.00 ini. Jadi ambil peluang untuk bersama JoeBizNetwork Group dengan ULTIMATE PACKAGE dan saya yakin anda tergolong dalam golongan yang menjana pendapatan RM2000 – RM5000 seminggu dalam masa 6 bulan.

Menarik kan? Jadi apa yang perlu anda lakukan hanya :

Daftar di mana2 website di atas kemudian hubungi saya di talian ( anda ambil no.telefon saya daripada email yang anda terima) dan saya akan guide anda untuk upgrade ke Ultimate Package.

Baiklah mengapa saya cakap Vemma sedang meletup-letup di pasaran? Baru2 ini Vemma ada mengadakan program VFT dan anda lihat sendiri article yang saya ambil daripada website Vemma Asia.

Anda tengok berapa ramai yang sudah buka mata untuk bersama Vemma. Malah ruang untuk berjaya masih terbuka luas. Lagi di tambah kita adalah LEADER untuk INDONESIA,FILIPINA,TAiWAN market jadi fuhhh kalau anda berpikiran usahawan sudah pasti anda mengambil peluang ini.

Ambil peluang ini segera kerana saya jarang sekali offer macam ni datang. Niat saya cuma satu iaitu ingin melihat anak2 didik di bawah saya berjaya bersama Vemma dan cukup buat saya gembira bukan sebab duit lagi ni.

Lumayan!!!

Johan Ariff Mohammad
VeMMa GOLD Leader
http://www.johan.joebiznetwork.com

———————————————————————————————–

Article from : http://www.vemmaasia.com

Vemma Malaysia would like to thank everyone who has participated during the last VFT for making this event a SUCCESS. Without you, it would not be possible. Keep a lookout for the next VFT and we promise that you wont be disappointed. Before that here are some highlights of our latest VFT.

Stand up for the champion :-)

Posted by Johan Ariff | March 8, 2010 .

Asalamualaikum & Salam Sejahtera,

Hari ini saya cuma nak berkongsi lagu. Lagu ni agak special sikit bagi saya. Haha sorry ye bukan lagu2 cintun, bukan lagu bunga, dan bukan lagu2 kau bulan dan bintang :-)

Lagu ini saya dapat daripada rakan sekolah lama. Dia hantar email nak ajak berbusiness biasalah sharing benda baik dengan kawan2,mahu sama2 berjaya dalam hidup jadi terima kasih kerana sharing. Saya tengok video tersebut, tapi malangnya saya cuma tertarik dengan background music je. Hehe

Lagu ini mungkin boleh menjadi lagu motivasi kepada anda untuk terus bersama Vemma kerana peluang Vemma memang cukup2 besar dan teknik yang betul mampu mengubah hidup anda.

Enjoy the song, amat sesuai untuk mereka yang cepat putus asa.

Lumayan :P

Right Said Fred: Stand Up (For The Champions)

I was built to be the best
Number one and nothing less
Leave me to my destiny
I have waited patiently
I have vision’ oh I believe
I know I can count on me

(chorus)
So stand up for the champions
For the champions stand up
Stand up stand up
For the champions for the champions
Stand up for the champions
For the champions stand up
Stand up stand up
For the champions for the champions
Stand up

Here we go it’s getting close
Now it’s just who wants it most
It’s just like that’s how it is
Cause we have our strengths and weaknesses

Oh I have vision’ oh can’t you see
I’m on the move make way for me

(chorus)
So stand up for the champions
For the champions stand up
Stand up stand up
For the champions for the champions
Stand up for the champions
For the champions stand up
Stand up stand up
For the champions for the champions
Stand up

4x
And when I fall down
I have to pick myself back up

So stand up stand up for the champions
For the champions stand up
Stand up stand up
For the champions for the champions
Stand up

4x
Stand up stand up
For the champions for the champions

Stand up

« Previous PageNext Page »